WeLcOme to We TaLk AboUt LIfe

PERHATIAN!!!

Bila kamu ingin mengCopy-paste(copas) cerita-cerita di bawah ini,,,jangan lupa cantumkan linkblog nya ya,,,

tHaNK Q ^,^

Rabu, 21 Juli 2010

story by reader " ketika ku jatuh cinta"

Akhirrrnyaaaa ku dapat merasakan lagi senyawa
yg bernama C.I.N.T.A ketika beberapa waktu
lalu ku hempaskan ke udaraaa.. hahahaha
sungguh lebay!!!! Hmmp beda2 tipis ternyata
antara CINTA dan BENCI dan sekarang org yg
menyebalkan untukku telah menjadi pacarku.
Diam –diam aq menaruh hati pada nya, ketikaa
kejadian waktu itu ya disela-sela kejailann diaa
ternyata dia cukup menyenangkan dan dia org
yg sangat baik. Walaupun kadang gak tahan
sama tingkah lakunya yg supeeerrrr
nyebeeeliiinnn, dan suka risih denger celotehan-
colotehan dia yg gak penting!!! Gggrrrrrrr …
rasanyaa pingiinn ngacak-ngacak mukaanyaa,
jambak-jambak rambutnyaa …. Hahahahaaha
tapi kok kalo kumpul gak ada dia rasanya bedaa
yah.. gak rameee!!! Kaya iklan sampurna ajah
GAK ADA LOE GAK RAME hahahaha ….. aq baru
sadaarrr ternyataa dia kalo dipandanginnn
lumayann juga yah, lumayan pingin nampaarr
ckckcck alias nampar di hati hehehe.. lebay lama-
lama, tapi bener lhoo asli dia tuh lumayan deh
bersih, rapih, putih, baik sedikit nyebelin sih ^_^
tapi whatever lahhhh ….. tapi aq lebih sering
manggil dia dengan sebutan si CULUN, suka
marah-marah si yg empunyaa tampang, tapi
boleh dung beri julukan SICULUN buat pacar
sendiri ….kalo kata orang mah panggilan sayang
walapun org nya gak suka teteepp dong
MAKSAAAA!!!!! Hahahaha ….. lagi dalam masa-
masa nyaa heppy bgt yahhh.. klo lagi jatuh
cintaa, tapiiii klo bgtu patah hati lagiii … bisa
suka sumpah serampah dehhh mengutuk nama
senyawa yg bernama C.I.N.T.A ….

story by reader"arti sebuah persahabatan part 2"

Tiba-tiba langkahnya ke kelas terhenti.Seseorang
menyentuh bahunya dari belakang.Ana berpaling.Ingin
melihat tuan empunya diri yang menyentuhnya.Dia
terkelu.Tidak mampu berkata apa-apa.Berdiri tegap di
belakangnya itu seorang insan yang amat dirinduinya.
"Fariz"hanya kata-kata itu mampu diucapnya.Perlahan
tapi jelas kedengaran. "Ya,aku".Seakan terubat rasanya
kerinduan yang dipendam terhadap sahabat karibnya
itu.Sahabat yang sering kali menghulurkan bantuan di
saat dia benar-benar memerlukan.Sahabat yang
sanggup mengharungi kesusahan bersama dan tidak
melupakan dirinya di waktu kesenangan menyapa.Juga
sahabat yang sanggup memberi ungkapan nasihat dan
teguran ketika dia melakukan kesilapan.Ah!Alangkah
indahnya sebuah persahabatan jika sentiasa disulami
keikhlasan.Baginya,Fariz sememangnya sahabat yang
amat sempurna!
Fariz melambai-lambaikan tangan di hadapannya.Ana
tersedar dari lamnunannya.Terukir sekuntum
senyuman di bibirnya.Keadaan kembali sunyi.Masing-
masing terasa kekok untuk berkata-kata.Jangka masa
setahun yang tidak mempertemukan mereka
membuatkan mereka seperti sahabat yang baru ingin
berkenalan. "Assalamualaikum,Puteri Arissa
Maryanna"Fariz memecah kesunyian.
"Waalaikumussalam"ringkas dan lembut Ana
menjawab. "Kau ni kenapa?Macam tak biasa je jumpa
aku?"…
Kring!!!Kring!!.....
Bunyi loceng membuatkan mereka mengatur langkar
secepat mungkin ke tapak perhimpunan.Bagi Ana
sekurang-kurangnya bunyi loceng itu dapat
menyelamatkan dirinya daripada keadaan kekok
tadi.Huh!Lega rasanya.Mengapa dia jadi begitu?
Sedangkan telah lama dia menenti saat mereka
dipertemukan kembali.Tapi entahlah.Mungkin dia
belum biasa agaknya dengan kehadiran Fariz
semula.Apa yang tidak menyangkakannya lagi,mereka
ditempatkan dalam satu kelas.Fariz mengambil tempat
di sebelahnya.Sama seperti tahun-tahun sebelum
ini.Tahun di mana dia dan Fariz berada di satu
kelas.Akhirnya Ana menutur bicara "Kenapa kau tiba-
tiba sahaja masuk sekolah ni balik?Pelik bin ajaib la kau
ni".. "Sebab kaula"Ringkas dan perlahan jawapan yang
dituturkan Fariz tapi masih mampu didengari Ana.Tapi
mengapa apabila Fariz menyatakan seperti itu,tiba-tiba
jantung nya berdegup pantas. "Apa?Kerana aku?"..Fariz
sekadar mengangguk.Ana tidak lagi terkata apa-
apa.Keadaannya seperti kegelisahan.Dia sendiri tidak
tahu mengapa tiba-tiba dia jadi begitu.Melihatkan
keadaan Ana yang tidak tentu arah itu,terbit segaris
senyuman di bibir Fariz.Akhirnya,kedengaran deraian
ketawa.Tidak tahan rasanya dia melihat keadaan
Ana.Ana hanya memeandang Fariz dengan rasa hairan.
‘Apa kena dengan mamat ni tiba-tiba sahaja
ketawa’getus hatinya. "Kau ni.Apala.Aku balik
sekolah ni semula sebab aku dah tak tahan duduk
sekolah berasrama.Kau sendiri tahu aku kerabat
diraja.Manalah biasa buat semua kerja sendiri."dengan
nada berlagak dia menutur bicara. "Kau memang.Dah
dapat sekolah asrama penuh,keluar!Apala..kalau
aku,aku dah duduk je kat sekolah tu.Yela,kerabat diraja
lah katakana kawan aku ni.Tak biasa hidup susah
sikit".. "Yela yela..ala,aku tak biasa la duduk
asrama.Aku rindu keluarga kau,rindu kau" "Kau tak
habis-habis.Suka sahaja meletakkan kesalahan di bahu
orang lain.Sajalah tu nak salahkan aku and family kau"..
"Dahlah tu,tak payah nak membebel lagi.Kau ni kalau
membebel berjam-jam tak habis"…Ana hanya menarik
muncung. "Dahla tu,muncung kalau lawa tu taka pa la
jugak.Ni mengalahkan muncung tikus"..Keasyikan
mereka berbual sehinggakan tidak perasan guru telah
masuk ke kelas.Mereka hanya tersedar guru telah
masuk ke kelas,apabila seorang rakan mereka, Farah
memeberitahu mereka.Nasib baik!Kalau tidak pasti
mereka akan disuruh berdiri.Malu!
Pada waktu rehat…..
Keadaan kantin Smk Sri Bangsar sememangnya
penuh.Tapi Ana dan Fariz beruntung.Mereka tidak perlu
beratur panjang untuk memebeli makanan.Setiap
pelajar seakan-akan memberi laluan untu mereka
membeli makanan.Bukan seakan-akan!Sememangnya!
Ana dan Fariz memang sudah biasa dengan keadaan
ini.Mana tidaknya,toiap-tiap kali dia beratur di
kantin,pasti ada sahaja yang menawarkan untuk
membelikan makanan untuknya.Tapi dia tidak mahu
menyusahkan orang lain.Walaupun keadaannya kini
tidak lagi semiskin dulu dengan adanya bantuan orang
ramai.Takkanlah dia hendak berlagak seperti Puteri
Raja pula.Biarlah dia melakukan segala-galanya
sendirian tanpa perlu meminta bantuan orang
lain.Lagipun dia sudah biasa hidup susah.Takkanlah
pekerjaan sekecil itu tidak mampu
dilakukannya.Apabila dia menolak permintaan
mereka,dengan serta-merta mereka memberi laluan ke
hadapan untuk membeli makanan.Tak guna lagi dia
menolak.Kalu dia menolak lagi pasti orang akan kata
dia sombong.Tapi sebenarnya dia tidak mahu
mengambil kesempatan terhadap orang lain. Dia hanya
menguntumkan segaris senyuman sebagai tanda
terima kasih.Begitu juga yang berlaku terhadap
Fariz.Tapi alasannya berbeza.Jika Ana kerana
kecantikan dan kepandaiannya,Fariz pula kerana dia
adalah kerabat diraja!hanya kerana itu.
Mereka mencari tempat untuk duduk.Ah!
Penuh.Memang begitulah keadaan di kantin Smk Sri
Bangsar.Akhirnya mereka hanya memeutuskan untuk
duduk di bangku-bangku yang disediakan di tepi-tepi
kantin.Biarpun tanpa meja tapi tak apa.Kerana
sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempat
untuk duduk. "wei,lepas aku blah dari sekolah ni,kau
mesti asyik sorang-sorang je kan.Kau tak ada kawan
lain ke?Aku rasa mesti ramai yang nak kawan ngan kau
tapi kau wat don’t know je kan macam dulu-dulu.Aku
faham sanagt kau ni". "Kalau dah faham tu,wat apa
tanya lagi.Dahla,tak baik cakap waktu makan". "Cakap
sikit je takkan salah pulak" Uhuk!Uhuk! "Kan dah
tersedak.Aku dah kata jangan cakap tak nak
dengar.Nah,ambil air ni". "Kau ni bukan nak risaukan
aku ke apa,ni pulak makin nak membebel" "Dahla,cepat
makan,malas aku nak layan kau ni.Ada je lah alasan
kau.Rehat pun dah nak habis ni"
Keakraban mereka memang tidak boleh disangkal
lagi.Ke mana-mana sahaja berdua.Apabila
berdua,memanglah mengalahkan orang lain apabila
berbual.Sikap mereka berdua yang pendiam pun
ternyata tidak akan terserlah apabila mereka
berdua.Tetapi jika berjauhan,masing-masing hanya
berdiam sahaja.Seperti sediakala.Mungkin mereka
serasi,sebab tu la dapat bergaul dengan baik agaknya!
Namun,keakraban mereka dicemburui mata-mata yang
memandang.Sememangnya mereka mempunyai ramai
peminat.Ada-ada sahaja cara yang digunakan peminat-
peminat mereka itu untuk memisahkan mereka.Pada
hakikatnya mereka bukanlah kekasih tapi hanya
bergelar teman rapat.Kenapalah persahabatan antara
seorang lelaki dan perempuan itu selalu disalah
ertikan?Pada hakikatnya mereka memang kawan
baik,itupun ada juga insan yang sanggup cuba untuk
memutuskan persahabatan mereka.Bukankah
memutuskan persahabatan itu berdosa?Namun
persahabatan mereka tidak pernah tergugat dengan
kehadiran-kehadiran insan-insan jahat yang ingin
memisahkan mereka.Yang ingin memutuskan
persahabatan mereka.Tapi untuk apa?Kenapa mereka
harus cemburu dengan persahabatan orang lain?Tak
bolehkah mereka hanya mendoakan semoga
persahabatan orang lain itu akan sentiasa berkekalan?
Itulah sikap manusia.Memang mudah cemburu dan iri
hati terhadap kebahagiaan yang dimiliki orang lain.
Beberapa bulan kemudian.....
"Ana,jumpa aku lepas tamat sekolah ni.Ada hal aku nak
bincang dengan kau sikit.Tempat biasa kita buat
ulangkaji"tutur Fariz.Ana hanya mengangguk Kerana
ketika itu,pelajaran Sejarah sedang berjalan.Dia tidak
mahu hilang tumpuan ketika belajar.Terutamanya
mata pelajaran seperti Sejarah yang perlukan untuknya
mengingat fakta yang banyak.Fariz kelihatan tidak
tenteram. ‘Sakitkah dia?’Fikir Ana lagi. ‘Tapi
biarlah.Nanti sahaja aku bertanya padanya’.
Akhirnya tiba lah masa yang dinantikan Fariz.Sebaik
sahaja tamat sekolah,dia bergegas pulang dari
sekolah.Tidak sempat lagi Ana mahu bertanya,kenapa
dia mahu nerjumpa,dia sudah ghaib.Tidak seperti
selalu.Selalunya Fariz akan menunggunya untuk pulang
bersama-sama.Selalunya Fariz akan
menumpangkannya untuk pulang ke
riumah.Ah,terpaksalah dia berjalan kaki hari ini.Lagipun
bukannya dia tidak biasa.Setibanya dia di rumah,dia
bergegas menukar pakaiannya.Disebabkan berjalan
kaki,jadi dia lewat tiba di rumah. "Mak,Ana nak keluar
kejap mak.Nak jumpa kawan kejap.Sejam je".. "Sejam je
tau!Kalau dalam masa sejam Ana tak balik,mak kunci
rumah.Ana duduk lah kat kuar rumah tu je".Mak Ana
memang begitu.Dia memang sedikit tegas dengan
anak-anaknya tetapi hatinya lembut. "Mak,Ana pergi
dulu"sebaik sahaja bersalaman dengan ibunya ,Ana
bergegas ke tempat yang dimaksudkan Fariz.Di sebuah
taman yang terletak tidak jauh dari rumah Ana.Taman
itu memang terkenal dengan
kecantikannya.Keadannya yang tenang juga
membuatkan Ana dan Fariz terasa damai belajar di situ.
Setibanya di situ,Ana mencari-cari kelibat
Fariz.Akhhirnya,dia menemukan Fariz di satu sudut
taman itu.Dia segara menghampiri Fariz.Tanpa
dipelawa,dia melabuhkan punggung di sebelah Fariz
tapi tidak terlalu rapat. "Lam tunggu?"Ana memulakan
bicara. "Baru je aku sampai". "Apa hal yang kau tiba-
tiba je nak jumpa aku ni?Macam ada yang tak kena je".
"Aku...aku".. "Aku apa?Sejak bila kau jadi gagap ni?
Lepas ni bolehlah aku panggil kau Mat Gap"Ana
berderai ketawa melihat keadaan sahabatnya yang
seperti tidak tentu arah itu.. Fariz cuba mengumpulkan
kekuatan diri.Akhirnya dia meluahkan jua apa yang
terbuku di hatinya selama ini. "Aku....sukakan
kau".Sekarang ni giliran Ana pula yang menjadi tidak
keruan.Lidahnya kelu.Lama kedua-duanya
membisu.Akhirnya Fariz memecah kesunyian, "Aku tak
minta kau apa-apa.Aku sekadar nak kau tahu aku
sukakan kau.Tapi kalau kau tak dapat terima aku,kita
akan terus jadi kawan.Dan anggaplah hal ni tak pernah
berlaku.Boleh tak?".. "Er..aku,aku tak tau nak cakap
apa.Aku bukan tak sukakan kau.Tapi aku sukakan kau
sebagai seorang kawan.Tak lebih.Kau sendiri tahu aku
tak kawan dengan mana-mana budak laki sebelum ini
sebab dia orang mengharapkan lebih daripada seorang
kawan.Kau faham kan maksud aku?Lagipun,kitakan
masih belajar.Masih bersekolah dan masih ditanggung
oleh kedua ibu bapa kita"lembut dan tenang Ana
menjawab.Fariz hanya menjatuhkan pandangan ke
rumput hijau. "aku faham"ringkas sahaja tutur kata
Fariz.Hatinya kecewa. "Biarlah kita tamatkan
persekolahn dulu dan terus menjadi sahabat.Aku tak
mampu berjanji lebih.Biarlah waktu yang
menentukan.Lagipun tahun ni kita SPM kan.Aku harap
hal-hal macam ni tak mengganggu pelajaran kita"..
"Kau jangan risaukan aku.Aku ok.Aku akan terus
tunggu kau walaupun penantian itu suatu keperitan"
"Tak payahlah kau tunggu aku.Persisiran pantai
lagikan berubah apabila dilanda ombak,inikan lagi hati
orang". "Kalau kau dah kata macam tu.Aku tak boleh
paksa.Lagipun betul kata kau.Biarlah masa
menentukan sagala-galanya.Biarlah kita bersahabat
dahulu".Hati..tabahlah...jiwa..tenanglah....Mengapa
harus menangis?Mengapa harus bersedih?Mungkin
inilah ketentuan takdir.Cinta itu tidak seharusnya
dibiarkan hadir di saat waktu begini.Bukankah
mengejar ilmu itu lebih penting dahulu.Kerana jodoh
tak akan ke mana kalu sudah ditakdirkan begitu. "Aku
balik dululah.Kau sendiri tau perangai mak aku tu
macam mana"tutur Ana. "Kita jumpa kat sekolah
esok.Assalamualaikum"Fariz berlagak
tenang.Walaupun pada ketika itu dalam hatinya,hanya
Allah yang tahu.Betapa peritnya dia menanggung luka.
Selepas kejadian hari tersebut,mereka masih
bersahabat seperti biasa.Walaupun kadangkala mereka
terasa kekok.Tapi mereka cuba lupakan hal
tersebut.Mereka masih mengulangkaji bersama dan
bertukar-tukar pendapat.Lagipun peperiksaan SPM
sudah tidak lama lagi.Lebih kurang dua bulan lagi.
Dua bulan kemudian....
"Good luck,Fariz"tutur Ana perlahan. "Good luck
juga"Fariz membalas ringkas.Masing-masing menjawab
yang terbaik dalam peperiksaan SPM itu.Sesekali
terlihat wajah-wajah berkerut pelajar-pelajar
tingkatan5 Smk Sri Bangsar ketika menjawab soalan
peperiksaan tersebut.Namun,di suatu sudut
dewan,kelihatan seorang pelajar perempuan tenag
menjawabnya.Siapa lagi kalau bukan Puteri Arissa
Maryanna.Sehinggalah kertas peperiksaan terakhir,dia
menjawab tenag.Akhirnya,lagi beberapa saat,beberapa
detik,peperiksaan akan tamat.Dan pada waktu itu
bererti kebebasan bagi pelajar-pelajar tingkatan5.
"MERDEKA!"terdengar laungan merdeka beberapa kali
oleh pelajar-pelajar tingkatan5 smk sri
bangsar.Mungkin kerana terasa beban di dada sudah
hilang.Laungan merdeka itu mengalahkan laungan
Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri pertama
Malaysia ketika hari kemerdekaan,31 ogos 1957.
Semua pelajar bergegas keluar dari dewan
peperiksaan.Ana dan Fariz juga begitu.Ana menuju ke
arah Fariz. "Macam mana?rasa boleh score tak?" "Insya-
Allah"balas Fariz ringkas.Dia tidak mahu meletak
harapan terlalu tinggi kemudia kecewa sendiri. "Lepas
ni susahlah kita nak jumpa lagi kan"nada suara Ana
sedikit sedih. "Tak apa lah.Kalau ada jodoh kita akan
jumpa lagi.Tapi kalau terjumpa kat mana-mana
nanti,jangan pula kau lupa aku". "Tak mungkin aku
akan lupa kau"lembut sahaja tutur kata
Ana.Kemudian,kedua-duanya berlalu
pergi.Meninggalkan kawasan sekolah, bermula dengan
hidup baru.
Tiga bulan kemudian....
Semua pelajar Tingkatan 5 smk sri bangsar berasa
terlalu takut untuk menerima keputusan
mereka.Berbagai-bagai ragam mereka tunjukkan.Ada
yang menangis.Ada yang termuntah-muntah.Malah
ada juga yang pengsan.Fariz dan Ana masing-masing
telah mendapat keputusan mereka.
"Alhamdulillah"mereka sama-sama mengucap
kesyukuran. "Berapa?"pertanyaan Fariz yang mengejut
itu membuatkan Ana hampir sahaja melatah.Kalau ada
penyakit jantung,dah habis dah agaknya dia waktu tu.
"12 A1.Kau?" fariz sekadar membuat muka sedih lalu
menunjukkan keputusannya. "Tahniah!"ucap Ana.
"Thanks.kau pun sama juga.Tahniah!Tak sangka
keputusan kita sama". "Kan kita ulangkaji sama-
sama,Fariz oi". "Fariz,aku ada hal nak cakap dengan
kau" . "Apa?"balas Fariz ringkas. "Er..Kalaulah masih
ada ruang di hati kau..." "Maksud kau?Kau dah boleh
terima aku?" "er...macamtu la agaknya".Muka Ana
sudah mulai merah. "Tak sangka.Hari ni memang hari
yang paling bahagia bagi aku.Thanks Ana.".Walaupun
persahabatn itu amat berharga,seumpama sebutir
permata di celah-celah kilauan kaca.Bersinar tapi tak
semua orang dapat memilikinya.Tapi kadangkala hati
dan perasaan tiada siapa yang tahu.Mungkin menerima
seseorang lebih daripada sebagai seorang sahabat
akan terus kekalkan persahabatn itu.Selagi hatinya
setia.Nilai persahabatn terlalu berharga.Ana tidak
mahu persahabatannya dengan Fariz berlalu begitu
sahaja.Dengan penerimaannya terhadap Fariz mungkin
akan mengukuhkan lagi persahabatan
mereka.Walaupun dalam diam,dia memang sudah
mulai suka Fariz lebih daripada seorang kawan. "Aku
harap kau akan setia" ..."Ana,takkan la still beraku
kau.Saya awak la" "eei..kau ni..tengoklah dulu.saya tak
biasa lah awak". "Tukan sedap cakap saya
awak"Deraian ketawa kedengaran antara
mereka.Masing-masing gembira dengan peleraian yang
mereka lakukan.Yang pasti,persahabatan mereka akan
kekal selama-lamanya.Walaupun,mungkin lebih
daripada kawan.namun,mereka tersenyum puas!

story by reader "arti sebuah persahabatan part 1"

Puteri Arissa Maryanna..Satu nama yang tidak asing
lagi dalam kalangan pelajar SMK Sri Bangsar.Bukan
kerana dia anak Pengetua sekolah mahu pun kerabat
Diraja atau orang berada tetapi kerana kepandaiannya
dan kecantikan semulajadi yang dimilikinya pasti
membuatkan sesiapa sahaja terpesona apabila
melihatnya tidak kiralah sama ada lelaki atau
perempuan.Kini dia berada di tingkatan 5 dan
merupakan dalam kelas pertama.Berkata tentang
kepandainnya,setiap tahun dia pasti akan memperoleh
keputusan terbaik dalam tingkatan dari tingkatan 1
hinggalah tingkatan 4.Kini,dia menjejakkan kaki ke
tingkatan 5.Mungkin ramai yang tertanya-tanya
mengapa dia tidak ke sekolah berasrama penuh jika dia
begitu pandai.Bukannya dia tidak mahu ke sekolah
berasrama penuh dan bukannya dia tidak mendapat
tawaran ke sekolah berasrama penuh tetapi kerana
keluarga dia memilih untuk terus bersekolah di smk sri
bangsar.Puteri Arissa Maryanna atau lebih dikenali
dengan nama Ana bukanlah lahir daripada keluarga
berada,tetapi dia hanyalah seorang gadis biasa yang
lahir dari keluarga yang miskin.Bukan sederhana tetapi
MISKIN!
Ana mula menjejakkan kaki di Smk Sri Bangsar. Pastinya
tahun baru,Ana dengan azam baru juga.Ana bagaikan
mempunyai aura.Mula sahaja dia melangkahkan kaki di
SMK Sri bangsar pada tahun itu,semua anak mata
sudah berpaling menghadapnya.Terpesona melihat
keayuannya.Walaupun sekadar berbaju sekolah dan
berbedak nipis.Namun sememangnya Ana mempunyai
aura yang kuat.Lebih kuat dari aura Mawi World.Lebih
kuat lagi dari aura Datuk Siti Nurhaliza.Ana tidak
seperti kebanyakan pelajar perempuan lain di sekolah
itu yang tidak mengenakan tudung.Yang lebih gemar
menunjukkan kecantikan mahkota yang menghiasi
kepala mereka.Padanya,biarlah menyembunyikan
mahkotanya yang terlalu bernilai untuk dipertonton
kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada insan
bergelar lelaki!Kenapa harus dipertontonkan
mahkotanya itu sedangkan tuntutan agama menyuruh
setiap insan bergelar perempuan menyembunyikan
mahkota mereka itu.Ah!dia sendiri tidak
faham.Biarlah.Dia tidak mahu masuk campur.Lagipun
baginya kecantikan bukanlah harus dinilai dari
pandangan luaran tetapi kecantikan seseorang
haruslah dinilai pada kecantikan budi pekerti dan
ketulusan hati.
Tiba-tiba Ana teringatkan hari pertama dia
menjejakkan kaki ke SMK Sri Bangsar sewaktu berada
di tingkatan1.Kejadian pada hari itu takkan mudah
dilupakannya.Dan kerana kejadian itu jugalah dia
mengenali insan bernama Tengku Fariz Anuar.Seorang
insan yang menjadi penyeri hari-hari hidupnya.Seorang
insan yang akhirya menjadi sahabat karibnya.Dia
senang dan selesa berkawan dengan Fariz kerana sikap
Fariz tidak seperti pelajar lelaki yang lain di sekolahnya
yang ingin mendekatinya dan mengharapkan lebih dari
sebagai seorang teman.Pada hari tersebut,dia telah
terlewat ke sekolah.Alasannya tidak seperti
kebanyakan pelajar lain iaitu terlambat bangun!Tetapi
dia terlewat kerana menunggu ibunya menyiapkan
nasi lemak untuk dijual di sekolah.Kerana terlalu kelam
kabut pada pagi itu,secara tidak sengaja dia telah
bertembung dengan seorang pelajar lelaki.Siapa lagi
kalau bukan Fariz.Habis semua nasi lemak yang
dibawanya jatuh.Mahu tidak mahu dia terpaksa
menyalahkan Fariz atas segala yang berlaku.Masih
ingat lagi dia pada kejadian pagi itu.Perasaan amarah
menguasai dirinya.Tidak henti-henti dia melemparkan
kata-kata marah kepada Fariz.Tetapi Fariz hanya
berdiam dan tidak sepatah pun menyampuk kata-
katanya.Bukannya dia mahu marah tetapi kerugian
yang ditanggungnya pasti sekali memeritkan dia.Lebih-
lebih lagi keluarganya memang miskin.Akhirnya,Fariz
hanya membayar ganti rugi.Semua orang sudah sedia
maklum bahawa Fariz merupakan kerabat
diraja.Jadi,kerugian yang hanya berpuluh ringgit itu
hanya sedikit baginya.Not Rm50 dikeluarkan dari
dompetnya.Membayar ganti rugi nasi-nasi lemak yang
jatuh.Kemudian dia hanya berlalu pergi.Rasa kekesalan
pula timbul di hati Ana.Kerana dia tidak sepatutnya
menyalahkan Fariz seorang atas kejadian itu
sedangkan dia juga salah.Kerana terlalu cuai.Ah!
Kenapalah mengaku kesilapan itu seringkali menjadi
susah bagi kita.Mengapalah kita selalunya ingin
meletakkan kesilapan itu di bahu orang lain sahaja.
Sudahlah.Malas dia mahu fikirkan lagi.Dia hanya berlalu
menuju ke kelas.Setibanya di kelas,satu perkara yang
amat tidak disangkanya ialah pelajar lelaki tadi turut
berada di kelasnya. ‘Adakah dia sekelas dengan aku?
Biarlah.lagipun bukankah dia ikhlas memberi wang itu
kepada aku.Tapi dia tidak ada menyatakan ikhlas
pun.Bukankah aku yang memaksanya?’Satu persatu
soalan timbul di benak fikiran Ana.Ana meninjau-ninjau
tempat kosong untuk dihuninya sepanjang tahun
ini.Malangnya,tiada lagi tempat kosong yang lain
melainkan sebelah lelaki yang dilanggarnya
tadi.Malangnya hidupnya hari ini.Mahu tidak mahu dia
terpaksa duduk di sebelah pelajar lelaki itu.Hatinya
berdebar-debar.
"Assalamualaikum.Boleh saya duduk kat sini?"Pelajar
lelaki itu hanya mendiamkan diri.Sekali lagi Ana
bertanya,"Boleh tak?".Masih lagi tiada jawapan yang
kedengaran.Akhirnya dia memutuskan sahaja duduk di
situ tanpa meminta izin.Lagipun bukannya sekolah itu
milik pelajar itu.Suka hati dialah mahu duduk di
mana.Pelajar lelaki itu tidak berhak
menghalangnya.Akhirnya pelajar itu
bersuara"Waalaikummussalam"Hanya perkataan
menjawab salam yang kedengaran.Ana tersenyum
sendirian.Ingatkan bisu tadi.Fikirnya nakal. "Saya Arissa
Maryanna.Panggil sahaja Ana".Salam perkenalannya
tidak dibalas.Sudahlah,malas dia mahu melayan lagi
pelajar lelaki di sebelahnya itu.Pasti sekali hari-hari
persekolahannya pada tahun itu akan berjalan
perlahan.Mana tidaknya pelajar di sebelahnya ini hanya
diam membisu.Pasti dia akan bosan.Tapi dia apa
kurangnya,selalunya dia tidaklah seperamah
ini.Mungkinkah kerana rasa bersalah yang
menyelubungi diri menyebabkan dia berpelakuan
demikian.Menghulurkan salam perkenalan demi
meminta maaf.Tapi apakan daya jika salam
perkenalannya tidak dibalas orang.Kenapa?Kenpa
harus difikirkannya lagi tentang pelajar di sebelahnya
itu?Bukankah dia juga tiada mengungkap ucapan
maaf.Dan hanya menghulurkan wang sekadar
menunjuk-nunjuk?Tidak baik dia berfikir
demikian.Mungkin juga pelajar itu ikhlas membayar
ganti rugi.
"Saya Tengku Fariz Anuar.Panggil sahaja Fariz"."Maaf
tentang hal tadi.Saya tak sengaja"lembut sahaja Fariz
menutur bicara.Tenang.Ana terkelu.Dia tidak sangka
itulah Tengku Fariz yang didengarinya pagi tadi
sewaktu dalam perjalanan menuju ke kelas.Ramai
pelajar perempuan berkata-kata tentang Tengku Fariz
dan dia tidak sangka pelajar lelaki yang dihadapannya
itulah Tengku Fariz. "Assalamualikum awak"Sapaan
Fariz menghentikan lamunannya. "Maaf Tengku"itu
sahaja ungkapan yang mampu dituturkannya pada
ketika itu.Malu dan takut mengenangkan dia telah
memarahi seorang kerabat Diraja. "Tak payahlah nak
bertengku tengku.Fariz aja lahKenapa pula awak nak
minta maaf?" "Tadikan saya marah
Tengku.opps,silap,Fariz".Deraian ketawa
kedengaran.Lawakkah apa yang dikatakannya itu?
Rasanya tidak ada apa-apa yang lawak yang
dituturkannya.Fikir Ana lagi.
Lamunannya terhenti.Kenangan 4 tahun lalu
seharusnya dilupakan.Lagipun Fariz sudah tidak ada
lagi di sekolah ini.Dia juga sudah lama tidak berhubung
dengan Fariz semenjak Fariz bersekolah di sekolah
berasrama penuh.Mengingatkan kenangannya
bersama Fariz mengukir senyuman di bibir
comelnya.Tapi jauh di dalam hati,dia sedih dengan
kepergian sahabat baiknya itu.Tapi bukankah dia juga
sudah biasa hidup tanpa teman baik.Bukankah dia
sudah biasa melakukannya sendirian?Bukannya dia
tidak ada teman lain tapi semuanya hanya teman
biasa.Dan bagi lelaki pula dia tidak mampu berteman
dengan mereka sebagaimana persahabatannya
dengan Fariz kerana mereka semua mengharapkan
lebih daripada seorang sahabat.Tapi dia tidak mampu
menjanjikan lebih daripada seorang sahabat.Lagipun
baginya persahabatan lebih bermakna daripada
percintaan.Keramna persahabatan kekal selama-
lamanya tetapi percintaan akan retak bila hati telah
dilukai.Bukankah selalunya begitu?Dia tidaklah
mempunyai pengalaman tetapi dia mengambil
pengajaran daripada pengalamn teman-temannya
yang lain.

Selasa, 20 Juli 2010

Pengemis atau orang gila?? by.rizky

kemarin pas aku pulang sekolah,,aku bertemu dengan seorang pengemis,,,ia meminta sedikit uang kepadaku,,tapi aku tidak memberikannya,,karna memang aku tidak mempunyai uang saat itu,,,

keesokan harinya aku bertemu kembali dengan pengemis tua tersebut dan mengatakan

"nak,apa kau sudah mempunyai uang,,,kemarin kau telah berjanji kepadaku"katanya.

aku pun menjawab,,"baiklah,,,bapak ikut dengan saya ke rumah .."

bapak itu pun mengikuti saya ke rumah,,,

ehhh,,sesampai di rumah pengemis itu meminta makanan kepadaku,,,

mumpung dirumah aku memberikannya,,,

tiba-tiba dua orang yang memakai seragam putih datang ke rumah,,,

dan mengangkat bapak itu,,,ternyata dia adalah orang gila,,,

weleh,,weleh,,,,ternyata dari tadi aku bersama orang gila...

orang berkaki empat(www.malau.net)

kakak : coba tebak orang apa yang kakinya 4???

adik : orang lumpuh!

kakak : salah

adik : orang aneh!!

kakak : bukan juga!!

adik : nah loh,,trus apa??

kakak : orang bilang sih kuda,anjing,kucing,dll.

adik : yeeeeeee!!!