WeLcOme to We TaLk AboUt LIfe

PERHATIAN!!!

Bila kamu ingin mengCopy-paste(copas) cerita-cerita di bawah ini,,,jangan lupa cantumkan linkblog nya ya,,,

tHaNK Q ^,^

Rabu, 21 Juli 2010

story by reader "arti sebuah persahabatan part 1"

Puteri Arissa Maryanna..Satu nama yang tidak asing
lagi dalam kalangan pelajar SMK Sri Bangsar.Bukan
kerana dia anak Pengetua sekolah mahu pun kerabat
Diraja atau orang berada tetapi kerana kepandaiannya
dan kecantikan semulajadi yang dimilikinya pasti
membuatkan sesiapa sahaja terpesona apabila
melihatnya tidak kiralah sama ada lelaki atau
perempuan.Kini dia berada di tingkatan 5 dan
merupakan dalam kelas pertama.Berkata tentang
kepandainnya,setiap tahun dia pasti akan memperoleh
keputusan terbaik dalam tingkatan dari tingkatan 1
hinggalah tingkatan 4.Kini,dia menjejakkan kaki ke
tingkatan 5.Mungkin ramai yang tertanya-tanya
mengapa dia tidak ke sekolah berasrama penuh jika dia
begitu pandai.Bukannya dia tidak mahu ke sekolah
berasrama penuh dan bukannya dia tidak mendapat
tawaran ke sekolah berasrama penuh tetapi kerana
keluarga dia memilih untuk terus bersekolah di smk sri
bangsar.Puteri Arissa Maryanna atau lebih dikenali
dengan nama Ana bukanlah lahir daripada keluarga
berada,tetapi dia hanyalah seorang gadis biasa yang
lahir dari keluarga yang miskin.Bukan sederhana tetapi
MISKIN!
Ana mula menjejakkan kaki di Smk Sri Bangsar. Pastinya
tahun baru,Ana dengan azam baru juga.Ana bagaikan
mempunyai aura.Mula sahaja dia melangkahkan kaki di
SMK Sri bangsar pada tahun itu,semua anak mata
sudah berpaling menghadapnya.Terpesona melihat
keayuannya.Walaupun sekadar berbaju sekolah dan
berbedak nipis.Namun sememangnya Ana mempunyai
aura yang kuat.Lebih kuat dari aura Mawi World.Lebih
kuat lagi dari aura Datuk Siti Nurhaliza.Ana tidak
seperti kebanyakan pelajar perempuan lain di sekolah
itu yang tidak mengenakan tudung.Yang lebih gemar
menunjukkan kecantikan mahkota yang menghiasi
kepala mereka.Padanya,biarlah menyembunyikan
mahkotanya yang terlalu bernilai untuk dipertonton
kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada insan
bergelar lelaki!Kenapa harus dipertontonkan
mahkotanya itu sedangkan tuntutan agama menyuruh
setiap insan bergelar perempuan menyembunyikan
mahkota mereka itu.Ah!dia sendiri tidak
faham.Biarlah.Dia tidak mahu masuk campur.Lagipun
baginya kecantikan bukanlah harus dinilai dari
pandangan luaran tetapi kecantikan seseorang
haruslah dinilai pada kecantikan budi pekerti dan
ketulusan hati.
Tiba-tiba Ana teringatkan hari pertama dia
menjejakkan kaki ke SMK Sri Bangsar sewaktu berada
di tingkatan1.Kejadian pada hari itu takkan mudah
dilupakannya.Dan kerana kejadian itu jugalah dia
mengenali insan bernama Tengku Fariz Anuar.Seorang
insan yang menjadi penyeri hari-hari hidupnya.Seorang
insan yang akhirya menjadi sahabat karibnya.Dia
senang dan selesa berkawan dengan Fariz kerana sikap
Fariz tidak seperti pelajar lelaki yang lain di sekolahnya
yang ingin mendekatinya dan mengharapkan lebih dari
sebagai seorang teman.Pada hari tersebut,dia telah
terlewat ke sekolah.Alasannya tidak seperti
kebanyakan pelajar lain iaitu terlambat bangun!Tetapi
dia terlewat kerana menunggu ibunya menyiapkan
nasi lemak untuk dijual di sekolah.Kerana terlalu kelam
kabut pada pagi itu,secara tidak sengaja dia telah
bertembung dengan seorang pelajar lelaki.Siapa lagi
kalau bukan Fariz.Habis semua nasi lemak yang
dibawanya jatuh.Mahu tidak mahu dia terpaksa
menyalahkan Fariz atas segala yang berlaku.Masih
ingat lagi dia pada kejadian pagi itu.Perasaan amarah
menguasai dirinya.Tidak henti-henti dia melemparkan
kata-kata marah kepada Fariz.Tetapi Fariz hanya
berdiam dan tidak sepatah pun menyampuk kata-
katanya.Bukannya dia mahu marah tetapi kerugian
yang ditanggungnya pasti sekali memeritkan dia.Lebih-
lebih lagi keluarganya memang miskin.Akhirnya,Fariz
hanya membayar ganti rugi.Semua orang sudah sedia
maklum bahawa Fariz merupakan kerabat
diraja.Jadi,kerugian yang hanya berpuluh ringgit itu
hanya sedikit baginya.Not Rm50 dikeluarkan dari
dompetnya.Membayar ganti rugi nasi-nasi lemak yang
jatuh.Kemudian dia hanya berlalu pergi.Rasa kekesalan
pula timbul di hati Ana.Kerana dia tidak sepatutnya
menyalahkan Fariz seorang atas kejadian itu
sedangkan dia juga salah.Kerana terlalu cuai.Ah!
Kenapalah mengaku kesilapan itu seringkali menjadi
susah bagi kita.Mengapalah kita selalunya ingin
meletakkan kesilapan itu di bahu orang lain sahaja.
Sudahlah.Malas dia mahu fikirkan lagi.Dia hanya berlalu
menuju ke kelas.Setibanya di kelas,satu perkara yang
amat tidak disangkanya ialah pelajar lelaki tadi turut
berada di kelasnya. ‘Adakah dia sekelas dengan aku?
Biarlah.lagipun bukankah dia ikhlas memberi wang itu
kepada aku.Tapi dia tidak ada menyatakan ikhlas
pun.Bukankah aku yang memaksanya?’Satu persatu
soalan timbul di benak fikiran Ana.Ana meninjau-ninjau
tempat kosong untuk dihuninya sepanjang tahun
ini.Malangnya,tiada lagi tempat kosong yang lain
melainkan sebelah lelaki yang dilanggarnya
tadi.Malangnya hidupnya hari ini.Mahu tidak mahu dia
terpaksa duduk di sebelah pelajar lelaki itu.Hatinya
berdebar-debar.
"Assalamualaikum.Boleh saya duduk kat sini?"Pelajar
lelaki itu hanya mendiamkan diri.Sekali lagi Ana
bertanya,"Boleh tak?".Masih lagi tiada jawapan yang
kedengaran.Akhirnya dia memutuskan sahaja duduk di
situ tanpa meminta izin.Lagipun bukannya sekolah itu
milik pelajar itu.Suka hati dialah mahu duduk di
mana.Pelajar lelaki itu tidak berhak
menghalangnya.Akhirnya pelajar itu
bersuara"Waalaikummussalam"Hanya perkataan
menjawab salam yang kedengaran.Ana tersenyum
sendirian.Ingatkan bisu tadi.Fikirnya nakal. "Saya Arissa
Maryanna.Panggil sahaja Ana".Salam perkenalannya
tidak dibalas.Sudahlah,malas dia mahu melayan lagi
pelajar lelaki di sebelahnya itu.Pasti sekali hari-hari
persekolahannya pada tahun itu akan berjalan
perlahan.Mana tidaknya pelajar di sebelahnya ini hanya
diam membisu.Pasti dia akan bosan.Tapi dia apa
kurangnya,selalunya dia tidaklah seperamah
ini.Mungkinkah kerana rasa bersalah yang
menyelubungi diri menyebabkan dia berpelakuan
demikian.Menghulurkan salam perkenalan demi
meminta maaf.Tapi apakan daya jika salam
perkenalannya tidak dibalas orang.Kenapa?Kenpa
harus difikirkannya lagi tentang pelajar di sebelahnya
itu?Bukankah dia juga tiada mengungkap ucapan
maaf.Dan hanya menghulurkan wang sekadar
menunjuk-nunjuk?Tidak baik dia berfikir
demikian.Mungkin juga pelajar itu ikhlas membayar
ganti rugi.
"Saya Tengku Fariz Anuar.Panggil sahaja Fariz"."Maaf
tentang hal tadi.Saya tak sengaja"lembut sahaja Fariz
menutur bicara.Tenang.Ana terkelu.Dia tidak sangka
itulah Tengku Fariz yang didengarinya pagi tadi
sewaktu dalam perjalanan menuju ke kelas.Ramai
pelajar perempuan berkata-kata tentang Tengku Fariz
dan dia tidak sangka pelajar lelaki yang dihadapannya
itulah Tengku Fariz. "Assalamualikum awak"Sapaan
Fariz menghentikan lamunannya. "Maaf Tengku"itu
sahaja ungkapan yang mampu dituturkannya pada
ketika itu.Malu dan takut mengenangkan dia telah
memarahi seorang kerabat Diraja. "Tak payahlah nak
bertengku tengku.Fariz aja lahKenapa pula awak nak
minta maaf?" "Tadikan saya marah
Tengku.opps,silap,Fariz".Deraian ketawa
kedengaran.Lawakkah apa yang dikatakannya itu?
Rasanya tidak ada apa-apa yang lawak yang
dituturkannya.Fikir Ana lagi.
Lamunannya terhenti.Kenangan 4 tahun lalu
seharusnya dilupakan.Lagipun Fariz sudah tidak ada
lagi di sekolah ini.Dia juga sudah lama tidak berhubung
dengan Fariz semenjak Fariz bersekolah di sekolah
berasrama penuh.Mengingatkan kenangannya
bersama Fariz mengukir senyuman di bibir
comelnya.Tapi jauh di dalam hati,dia sedih dengan
kepergian sahabat baiknya itu.Tapi bukankah dia juga
sudah biasa hidup tanpa teman baik.Bukankah dia
sudah biasa melakukannya sendirian?Bukannya dia
tidak ada teman lain tapi semuanya hanya teman
biasa.Dan bagi lelaki pula dia tidak mampu berteman
dengan mereka sebagaimana persahabatannya
dengan Fariz kerana mereka semua mengharapkan
lebih daripada seorang sahabat.Tapi dia tidak mampu
menjanjikan lebih daripada seorang sahabat.Lagipun
baginya persahabatan lebih bermakna daripada
percintaan.Keramna persahabatan kekal selama-
lamanya tetapi percintaan akan retak bila hati telah
dilukai.Bukankah selalunya begitu?Dia tidaklah
mempunyai pengalaman tetapi dia mengambil
pengajaran daripada pengalamn teman-temannya
yang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar